Apa itu Euthanasia?
- HeloDoktor
- Apr 19, 2023
- 1 min read
Apa itu euthanasia? Merujuk kepada Bahasa Yunani 'eu'(Baik) dan thanatos’ (Mati), yang digabungkan menjadi mati dengan baik.
Euthanasia juga boleh merujuk kepada tindakan menamatkan hidup seseorang dengan sengaja kerana seseorang itu tidak dapat menahan sakit atau seseorang tidak dapat diubati dengan perubatan yang sedia ada.
Terdapat dua ketegori euthanasia iaitu voluntary dan non-voluntary euthanasia. Euthanasia ini masih belum dilaksanakan di Malaysia dan telah dilaksanakan dibeberapa negara barat seperti Holland, Belgium dan Amerika Syarikat.
Terdapat banyak kaedah euthanasia sama ada aktif atau pasif antaranya ialah menyekat sokongan hidup, penyekatan prosedur perubatan, kebuluran, suntikan mati, suntikan dadah mahupun melalui komputer riba.
Dari aspek perubatan:
Euthanasia membawa alternatif kepada pesakit dan tindakan ini boleh menamatkan hidup seseorang tanpa kesakitan dan menghentikan penderitaan.
Dari aspek undang-undang:
Tindakan Voluntary Euthanasia dan Non-voluntary Euthanasia adalah diharamkan kerana dikira sebagai pembunuhan diri yang bertentangan dari segi undang-undang.
Boleh didakwa dalam Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ia membawa kesan buruk kepada sistem keluarga dan juga sistem masyarakat.
Dari aspek agama:
Islam : Berdosa besar kepada sesiapa yang melakukan euthanasia dan kepada doktor yang membantu melakukannya dianggap pembunuh. (Merujuk kepada surah Al-Israk dan kitab Abdul Kadir Audah Attasyhri' )
Buddha : Euthansia merupakan tindakan jahat dan perbuatan ini mendatangkan karma yang negatif kepada sesiapa yang terlibat dalam tindakan Euthansia, termasuk pesakit sendiri dan orang yang melaksanakannya.
Kristian: Agama Kristian pada keseluruhanya, menentang Euthanasia dan sebarang perbuatan mengambil nyawa diri atau orang lain.

Comments