top of page
Search

Memahami Label Makanan

  • HeloDoktor
  • Apr 20, 2023
  • 1 min read

Memahami label makanan boleh membantu anda membuat pilihan yang tepat dan mengelakkan makanan yang boleh mendatangkan mudarat seperti alahan (alergi) atau penyakit kronik.


Label Makanan Diperlukan


Food and Drug Administration (FDA) telah menetapkan semua makanan perlu dilabelkan dan menerangkan kandungan nutrisi dan informasi kesihatan.


Selain daripada itu, nama produk, nama pengeluar, alamat pengeluar, berat, isipadu atau bilangan isi paket juga perlu dinyatakan.



Susunan Bahan-bahan atau Ramuan


Susunan bahan-bahan atau ramuan adalah berdasarkan kuantiti. Sebagai contoh, sekiranya satu pek kerepek jagung dan jagung dilabelkan pada kedudukan pertama, maka jagunglah adalah kandungan paling banyak atau dominan.



Saiz Hidangan


Saiz hidangan juga diperlukan pada label makanan, yang mana setiap kandungan dikira dengan teliti.


Dengan mengetahui saiz hidangan, ia boleh membantu anda mengira berapa banyak kandungan kalori, lemak dan nutrisi yang diperlukan oleh badan.



Kalori dan Kalori dari Lemak


Label makanan bukan sahaja menunjukkan bilangan kalori dalam hidangan, tetapi juga peratusan kalori yang diperlukan untuk sehari. Untuk dewasa, umumnya 2000 kalori sehari diperlukan.


Mana-mana hidangan makanan yang lebih dari 400 dikira sebagai tinggi kalori. Kalori dari lemak menunjukkan berapa hidangan kalori dari lemak.


Semakin tinggi nilai kalori yang dibandingkan dengan jumlah kalori, tinggi lagi kalori dari lemak.


Jika satu makanan itu mengandungi 200 kalori, dan 40 dari itu adalah dari lemak, jadi makanan itu mengandungi 20% lemak.



Maklumat Nutrisi


Di bawah senarai kalori dan kalori dari lemak, maklumat nutrisi yang lain termasuklah jumlah dan jenis lemak, kolesterol, natrium, karbohidrat, gula, serat dan protein. Terdapat juga maklumat tambahan seperti vitamin dan mineral.


Semua ini adalah berdasarkan jumlah harian satu hidangan. Umumnya, nilai 5 % atau kurang adalah kekurangan nutrisi.


Yang paling sesuai adalah antara 10-20 % hidangan. Jadi, buatlah pilihan yang betul untuk kesihatan dan diri sendiri.



label makanan

 
 
 

Comments


bottom of page