Penyakit Kencing Tikus: Ini yang Anda Perlu Tahu
- HeloDoktor
- Apr 28, 2023
- 2 min read
Updated: Apr 25, 2024
Penyakit kencing tikus atau nama saintifiknya leptospirosis adalah berpunca daripada jangkitan bakteria yang terkandung di dalam air kencing tikus atau binatang yang dijangkiti.
Walaupun, penyakit kencing tikus ini jarang berlaku namun penyakit ini boleh membawa maut.
Sebelum ini, sering kali kita dengar dalam berita yang menyatakan kematian berpunca daripada air kencing tikus.
Ada yang terkena akibat mandi di dalam air yang tercemar dengan air kencing tikus ini. Ada juga yang mati akibat tidak basuh tin minuman yang telah tercemar dengan kencing tikus ini.
Mungkin sesetengah pihak tidak mengambil serius akan hal ini kerana yakin akan kebersihan rumah mereka, namun adakah kita tahu bahawa produk yang dibeli di pasaraya atau kedai runcit itu bersih daripada pencemaran kencing tikus?

Penyakit kencing tikus ini boleh terkena kepada manusia dan haiwan. Manusia boleh dijangkiti dengan penyakit ini sekiranya ada sentuhan secara terus dengan air kencing haiwan yang mempunyai bakteria ini atau pada sekitaran yang telah dicemari oleh air kencing ini.
Bakteria ini memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung dan mata.
Tikus dan mondok merupakan hos utama untuk penyebaran bakteria ini. Mamalia yang menjilat atau terkena dengan air kencing tikus ini mejadi hos kedua. Leptospirosis ini akan terus berjangkit selagi ia masih lembap (air kencing).
Simptom-simptom Penyakit Kencing Tikus
Demam
Sakit kepala
Sakit otot
Mengigil
Batuk tidak berkahak
Loya, muntah dan cirit-birit
Sakit sendi
Sakit tulang
Sakit tekak
Sakit perut
Radang selaput mata
Ruam
Pesakit akan menunjukkan simptom-simptom ini dalam tempoh 2 - 26 hari.
Penyakit kencing tikus yang lebih teruk akan mengakibatkan:
Kegagalan buah pinggang
Kerosakan hati yang menyebabkan penyakit kuning (jaundis)
Perdarahan kulit
Jangkitan selaput otak
Jika pesakit lewat dirawat ia boleh membawa kepada KEMATIAN.
Pencegahan
Beberapa langkah pencegahan boleh diambil bagi menggelakkan jangkitan terhadap penyakit ini. Antaranya adalah:
Elakkan mengharungi air atau berenang dalam air sungai atau kolam yang dikhuatiri tercemar.
Jika berenang dalam kolam atau tasik, pastikan air tidak masuk ke dalam badan.
Pastikan air yang diminum dimasak terlebih dahulu.
Pastikan persekitaran sentiasa bersih.
Gunakan sarung tangan apabila membuang bangkai haiwan dan membersihkan najis haiwan (dikhuatiri haiwan tersebut dijangkiti penyakit kencing tikus ini).
Bersihkan kawasan sekeliling rumah supaya air tidak bertakung.
Rujukan: HeloMedik
Comments