Ketumbit: Adakah Sebab Mengintai Orang Mandi?
- HeloDoktor
- Apr 19, 2023
- 1 min read
Dahulu kala nya, orang tua-tua sering berpesan:
"Jangan mengintai orang mandi, nanti naik ketumbit di mata."
Tetapi, betul ke tidak perkara ini?
Jawapannya adalah TIDAK. Namun, ia adalah tegahan yang baik bagi menghalang anda melakukan kesalahan seperti mengintai orang!
Ketumbit atau nama lainnya hardeolum selalunya tumbuh dan naik di kawasan sekitar mata.
Ia menyebabkan gejala-gejala seperti kesakitan, eritema (kemerahan kulit yang disebabkan oleh dilatasi kapilari darah), dan berada setempat (tidak merebak).
Hardeolum luar ialah jangkitan atau infeksi setempat yang berlaku di sekitar folikel rambut mata atau bulu mata.
Manakala hardeolum dalam berlaku di kelenjar meibomin (kelenjar kecil yang terletak di bawah kelopak mata).
Selalunya, ketumbit terjadi disebabkan oleh jangkitan bakteria Staphylococcus aureus .
Jika tidak dirawat, ia akan menjadi bertambah teruk sehingga akan menyebabkan jangkitan kedua iaitu blepharitis (inflamasi pada kelopak mata).
Jadi bagi sesiapa yang ada masalah ketumbit ini, jangan sesekali memandang ringan terhadap sakit ini.
Segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan yang lebih lanjut.
Selalunya, jika hardeolum ini dah membesar, ia akan menyebabkan nanah terkumpul dan rawatan untuk ini hanyalah membuat saliran insisi (I&D) untuk membuang nanah dan dibekalkan dengan ubat-ubatan seperti antibiotik dan ubat tahan sakit.

Comments