Ekstrak Kelapa Sawit Mencegah Penyakit
- HeloDoktor
- Apr 19, 2023
- 1 min read
Ekstrak kelapa sawit didapati mampu mencegah penyakit hati dan otak. Buah kelapa sawit atau minyak kelapa sawit mengandungi vitamin E yang dikenali sebagai tokotrienol.
Tokotrienol ini dikenal pasti berupaya membantu dalam pencegahan kerosakan otak akibat kecederaan zon putih otak (Lesi Jirim Putih).
Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Pusat Sains Farmasi dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia, vitamin E juga mampu menghalang kerosakan hati akibat pengumpulan lemak.
Hasil kajian ke atas sukarelawan yang terlibat, tokotrienol menunjukkan kesan yang positif.

Comentários